Friday, February 10, 2012

Amin Relax

Bam! Bam! Bam! Pintu bilik Amin diketuk. Amin bangun dari kerusi dan buka pintu itu.
“oh, kau Fakri, nak apa datang bilik aku malam malam ni?” Tanya Amin kepada si Fakri untuk kenal pasti tujuan sebenar dia datang tengah malam ke biliknya. “aku nak pinjam kau punya joystick kejap” kata Fakri kepada Amin. Dalam hati Amin, dia dah boleh agak bahawa Fakri akan bermain PES bersama mereka yang lain di bilik bawah sana. “nah, ambik, rosak, ganti” tanpa rela Amin memberi. Disebabkan dia kawan Amin. Amin bagi je tanpa ragu ragu.

Keesokkan harinya

Amin pergi ke bilik Fakri untuk mengambil balik joystick kepunyaannya. Tapi tanpa diduga. Si Fakri mengatakan “pukul 4 nanti lah aku bagi balik, kau tunggu je kat bilik kau tu, kalau takde, maksudnya kau tengok kat tong sampah depan bilik aku, kalau takde jugak, kau pergi tengok kat tempat pembuangan sampah di belakang kafe, kalau takde jugak, mungkin dah kat dalam tasik. Kahkahkah!” selamba saja Fakri menjawap tanpa memikirkan apa apa impak yang akan berlaku ke atasnya disebabkan kata kata dia tu.
Amin relax, dia tak cakap banyak. Cuma cakap “ok, pukul 4. Hantar, jangan tak hantar pulak!”

Hari yang sama pukul 4:00 petang

Amin di biliknya menanti Fakri hantar semula joysticknya, tapi seperti biasa Fakri memungkiri janjinya. Amin relax, Amin tak kecoh kecoh sebab dia tahu Fakri hanya berada dalam bilik pada ketika ini. “budak ni kalau tak tidur, mesti mengadap laptop. Dua tu je” getus hati Amin.
Amin menuruni anak  tangga dengan hati yang tenang sambil membawa satu benda di tangan kirinya. Nampak macam tajam, tapi tak pasti apa bendanya.

Bam! Bam! Bam! Pintu bilik Fakri diketuk, tiada sebarang respon setelah 5 saat ketukan dilakukan. Amin memegang tombol pintu bilik. Buka pintu dan melihat si Fakri sedang enak tidur tiduran. Dan yang paling menyenangkan hati Amin adalah bilik Fakri yang hanya ada Fakri saja di dalamnya. Entah ke mana roommatenya Fakri itu pergi pun tak tahu lah. Persetankan saja semua itu.

Kerja kerja Amin menjadi lebih mudah sekarang. Amin dengan pantas dan tangkas memekup mukanya Fakri dengan bantal yang diambil dari katil sebelah. Kuat Amin menekan bantal itu ke wajahnya Fakri. Kuat dan kuat lagi tekanannya sehingga perlahan saja gerak tubuh Fakri setelah puas menggelupur gila babi tanpa mengetahui siapa gerangan yang melakukan tindakan itu terhadapnya.

Bantal dialihkan. Tangan dan kaki Fakri telah diikat kuat oleh Amin ketika Fakri berada dalam keadaan lemah tadi. Mulutnya Fakri di salotape. Hanya mereka berdua saja dalam bilik yang panas membahang itu. Amin kini telah bersiap sedia dengan tugasan barunya. Pisau utility sepanjang sejengkal itu dikeluarkan dari koceknya. Dibawanya pisau itu ke arah mata si Fakri. Dirobeknya mata sebelah kiri Fakri dalam dalam menggunakan pisau itu. Fakri hanya menggelupur. Tiada kata yang dikeluarkan kecuali “arrrrggghhhh, urggghhh” itu saja. Dan kini mata kirinya telah hancur akibat robekan dan tujahan pisau itu. Amin mula melakukan torekan dari bawah tengkuk Fakri. Toreh dan tarik. Tekan dalam dalam. Tarik pisau itu sampai ke perutnya Fakri. Nampak isi perut Fakri yang masih segar berdenyut denyut. Amin memasukkan tangannya ke ruang yang dilakukannya menggunakan pisau di bahagian perut  Fakri. Digenggam genggam organ organ dalam perut Fakri. Darah yang dari tadi tak henti henti keluar dari muka dan perut Fakri kini sudah mula mengeluarkan bau hanyir. Amin tidak kisah, Amin relax, Amin tarik tarik organ organ dalaman Fakri. Paru paru, jantung, hati, usus kecil, usus besar, pancreas, limpa, semuanya kiri tidak lagi berada dalam keadaan normal. Semuanya telah dimasukkan ke dalam laci almari Fakri. Amin kini puas melihat Fakri yang rompong bahagian perut dan mata kirinya. Penuh dengan darah. Bau hanyir tak terkata. Amin telah menjumpai joysticknya. Seronoknya tak terkata. Tak terhingga. Lebih puas dari merobek robek perut Fakri rasanya. Amin tersenyum girang. Puas dan pulang ke biliknya dengan selamba.

Wednesday, February 8, 2012

Kerja Tertunggak

Pukul 9 pagi Kimi bangun dari tidurnya. Terus dia menghadap laptop kesayangannya dalam erti kata ingin menyiapkan kerja-kerjanya yang tertunda sejak dua tiga hari ini. Matanya tepat memandang screen computer ribanya tetapi jari-jari tangannya masih kaku untuk memulakan taipan.

Kimi yang mula kusut kepalanya mula memikirkan sesuatu yang boleh dijadikan spirit untuk menyiapkan kerjanya. Tetapi apa yang dia dapat adalah kosong. Ya, kepalanya masih buntu memikirkana cara yang paling mustajab untuk memulakan langkah kerjanya.

Tiba-tiba, Kimi terfikir sesuatu yang bernas dan menyenangkan dirinya. Mungkin untuk seketika dan mungkin juga untuk selama-lamanya. Dia teringat sesuatu yang dibelinya pada satu minggu yang lepas. Satu alat bernilai RM5.90. dibelinya di Harris, Jusco Tebrau, iaitu kedai alat tulis. Alat tersebut adalah pisau utility. (pisau tolak tarik). Tak terlalu besar, tak terlalu kecil. Satu jengkal panjangnya.

Diambilnya pisau itu dari dalam laci meja studynya. Dan diperhatikannya tubuh pisau itu. Masih baru. Tidak pernah digunakan. Tajam sekali. Kimi yang ketika ini sedang berada dalam bilik bersama roommatenya yang sedang asyik tidur mula melakukan langkah pertama. Kimi dengan pantas berada di sebelah katil rommatenya dan dia menutup mulut roommantenya yang sedang tidur itu. Lantas dengan itu juga dia menggunakan pisau untuk merobek-robek perut roommatenya. Terburai segala isi perut yang ada. Terkeluar dari tempat asal. Segala usus kecil dan usus besar sudah berselerakan di atas lantai. Selesai kerja merobek. Roommatenya kini hanya tinggal tubuh kaku dan bahagian perut yang rompong dan berlumuran dengan darah serta lendir-lendir yang datangnya dari dalam perut.

Kimi mengemas biliknya. Kimi kini sudah puas. Puas dengan kerja-kerja merobek kawasan perut roommatenya itu. Kimi tersenyum girang. Kini idea untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak sudah datang.

Leman dan K-Pop

“celaka ni mesti dia tengah download video korea lagi” dengus hati Leman apabila internet yang sekian lama dihadap olehnya tiba-tiba menjadi perlahan yang amat. Apa yang ada dalam hati Leman sekarang adalah menumbuk muka roomatenya yang benar-benar fanatik dengan segala jenis dunia k-pop.

Leman sudah lama bersabar dengan keadaan ini. Tapi tidak untuk kali ini. “woi barua, hang ni tak dak adab ka apa? Hang tak tau ka aku tengah guna internet jugak ni? Aku tengah buat assignment la bodoh! Haram jadah betoi pelaq ni!” Leman melemparkan segala yang telah lama di kuburkan dalam hatinya. Seraya itu, “ah, kau aku download sebelum ni kau relax je, ni apesal tiba-tiba jerit serupa babi ni?”

Selang setengah saat setelah kata-kata dari mulut pelaq roommate nya dikeluarkan, satu penumbuk yang entah berapa km/h kelajuannya telah pun hinggap tepat di tengah tengah mukanya. Ya, Leman telah menumbuk muka roomatenya sehingga berderai. Darah telah berselerak di meja study roomatenya dan bilik mereka. Mata sebelah kiri rommatenya terkeluar dari soketnya. Besar jugak bijik mata tu. Besar banyak dari guli bersaiz normal. Dan sekarang roommatenya telah mampos. Leman gembira. Tapi masih ada sesuatu yang menggangu. Ya, laptop rommatenya masih downloading lagu-lagu k-pop. “Celaka! Haram jadah! Pelaq!” jeritnya leman sambil melemparkan laptop kepunyaan arwah roommatenya ke luar tingkap banggunan kediaman siswa. Bahagianya hati Leman tak terkata. Senyumnya Leman tidak putus-putus. Sehinggalah dia dimasukkan ke wad gila.



P/S: Ini cerkon saya yang ke dua, 10 minit saja saya menaipnya. Hehe ;) Komen anda amatlah diperlukan untuk penambah baikkan buat kita semua. :)

Tuesday, February 7, 2012

Saya tak rabak

Saya tak rabak, saya tak rabak

Cuma saya ada beberapa masalah peribadi saja

Masalah yang akan kekal seumur hidup pada diri saya

Tapi mungkin bagi orang lain masalah ini ada hikmah disebaliknya

Ya, saya pun percaya memang ada hikmah

Masalah ini membuatkan sakit yang tak terkata

Setiap saat,setiap waktu

Malahan ketika hendak tidur pun dia muncul tiba-tiba

Tapi apakan daya. Tuhan dah memilih saya

Saya redha, saya redha

Sunday, February 5, 2012

4:38 AM

Entah kenapa aku masih disini

Tak tidur, tak pisahkan roh untuk seketika

Bukankan sekarang ni masa untuk nyenyak beradu dengan selimut?

Apa lagi yang masih nak dibuat tu?

Tidurlah, bawak-bawak lah diri tu ke katil

Sudah-sudah la tu kusutkan kepala dengan perkara yang sia-sia

Cuma rancang perjalangan yang akan tiba

Semestinya akan jadi lebih bermakna

Saturday, February 4, 2012

Red Bull Racing

Video ni antara video yang awesome pernah saya tengok. Slowmotion yang dimainkan sungguh bijak sekali.

Saya post video ni sebab kreativiti yang ada dalam video yang team ni buat kemungkinan besar tak ada dalam

team-team lain. Untunglah team ni sebab binatang menjadi tunggak utama. haha. 

Hidup McLaren F1, Hidup McLaren F1! 

Selamat menonton saya ucapkan!



Thursday, February 2, 2012

Kerja Gila

Kerja gila

Gila tak gila sangat la

Tapi agak bangang jugak la bunyinya

Nasib baik tak jumpa gerangannya siapa

Jika tidak, habis runtuh semua yang ada di minda

Masa duit sedang lebat

Fuhh, selamat

Dia memang hebat