Friday, November 30, 2012

Kekusutan 3 hari

Kusut yang berlaku pabila 3 hari perlu diambil untuk menyiapkan final year project report book group aku. Jumaat tarikh terakhir dan jumaat jugak hari exam terakhir for this last semester. Rabu hantar ke kedai kat skudai dengan erlyn, farhan, shafiq, syafiq, almah, faezah dan jugak aku. Sampai sana malam pukul 8 malam. 30 sebelum kedai cetak tu tutup. Okay kedai accept. Dia cakap khamis malam pukul 8 boleh ambik. Ok cun kami semua setuju bayar rm30 sebuah untuk 15 set. Jumaat tarikh last submit actually. Dah khamis malam kami pergi ke kedai untuk ambik. Dan bila tiba. Masyaallah kedai tengah stamping tak habis lagi. Satu jam tunggu. Jam menunjukkan 8:55 malam. Sesaat selepas itu siap. Dua pekerja bawak buku report kami ke meja utama kaunter pembayaran. Daann. Memang tak dapatla. Format lingkup terus. Typo lagim ah memang lahanat jugak perasaan dia masa tu apa lagi memang kami semua tak setuju la. Lawan lawan lawan terus dia mau balikm sebab jam dah lewat. Esoknya pagi dia mintak call untuk dapatkan kepastian ok farhan call. Tegas dia cakap dan menipu kedai tu. Apa yang kami nak malamnya jummat dah bole ambik semuanya dicetak sempurna. Ah lingkup jugak pergi dia. Masih ada typo lagi. So tunggu lagi for about 50 minutes. Mampos aku cakap. Tapi nak tak nak memang kena tunggu la. Sambil sambil tunggu si sapik pontian lapaq pulak. So planning la pergi makan kejap. Not bad la itu jam aku jamah nasik ayam penyet restoren lynn. Licin sup dia aku hirup. Kehkeh. Sebelum jam mencecah 9 malam. Aku dengan farhan gerak ke kedai lily photostate semula. Sapik pontian makan lagi sebab makanan yang dia order baru sampai so kami biarkan jelah dia makan dulu. Tiba di kedai. Uh apa pun tak siap lagi. Nak tak nak 10 minit jugak tunggu untuk siap lepas kami makan semua. Ah memang aku serik dah buat dekat kedai tu. Tobat aku tak mau p lagi lepas ni. Kakaka. Resit dibuat. Untuk proses claim. Buku sampai check all properly. All is good. Then payment is made. With the tauke. Chatting for a while about unikl then belah la. Malas dah. Penat dah. Dan sapik pontian pun ada kerja dia sendiri. Gerak balik. Settle hal. And alhamdulillah. In syaa allah takdak hal isnin ni aku submit ke supervisor aku dan juga coordinator fyp aku. Kemudian aku boleh pulang ke kampung dengan happily. Yehaa.

Memang aku boring ni. Itu sebab aku karang natang ni guna phone aku. Walaupun keyboard dia tak best langsung.

Thursday, November 29, 2012

Untukmu FeZlina

FeZlina kau ku jaga rapi. Dirimu ku cintai. Kau nodai aku dengah ghairah. Aku jatuh aku rebah dalam belaianmu. Oh kekasih gelapku. Hanya kau yang satu. Izinku aku mencintaimu sepenuh hati setulus hati. Kau robek dadaku yang suci. Aku persembahkan hanya padamu.

Oh FeZlina. Terimalah daku.
Kucinta kamu.

.

She hates me.

Wednesday, November 28, 2012

Stolen

Sungguh gua baru lepas nonton filem Stolen lakonan Nicolas Cage yang sememangnya sentiasa mantap dan genius.

Apa yang buat filem tu lagi best adalah lakonan wanita ini yang sudah lama gua mencari siapakah gerangan beliau. Dah akhirnya di pagi buta ini aku ketahui siapakah beliau.

Wanita yang bernama Malin Akerman ini juga pernah berlakon dalah filem Watchmen pada beberapa tahun yang lepas. Mungkin 2008 kalau gua tak silap.

Dan dibawah adalah gambar beliau setelah 3 saat filem Stolen tamat terus aku gugel. Kakaka!

Tuesday, November 27, 2012

Kerabakan Tahap

Kerabakan dan kebahagiaan itu memang jauh sekali bezanya. Tiada pepatah yang mampu dicipta untuk membezakan mereka. Terlalu jauh. Terlalu dalam. Terlalu gelap. Terlalu terlalu.

Follow me pweashhh

Fakyu. Follow je lah aku ni aku bukan buat saja. Memang aku buat akaun aku ni untuk difollow. Kahkahkah

Pergaduhan Antara Aku dan Lipan Gergasi

Ingin aku ceritakan kisah ini pada sesiapa yang membaca. Di satu malam yang hening dan dimana angin bertiup kencang di luar rumahku. Aku didapur bersama abangku sedang menikmati hidangan di meja dapur.

Hidangan makan malam pada hari tu sugguh enak sekali. Setiap kunyahan dan jamahan pada ketika itu adalah jamahan kebahagiaan yang tiada tandingan. Selesai menjamah segala hidanganbyang dihidang, aku mengangkat pinggang yang aku gunakan itu menuju ke singki. Pada ketika ini.

Suasana di singki adalah agak seram sejuk. Ini kerana ada kain buruk tidak jauh dari kawasan singki itu. Aku mencuci pinggan tadi dengan penuh rasa bahagia didada. Tatkala aksi aku itu dilihat oleh kakak aku. Untung untung dia puji aku rajin dari abang aku tu. Setelah selesai mencuci pinggan.

Tetiba sesuatu aku dapat rasakan di bahagian kelenjar prostat aku. Iaitu pundi kencing. Tak jauh dari singki terus aku menerpa ke arah pintu tandas. Sementara aku menolak pintu tandas untuk membukanya. Tiba tiba aku terasa sesuatu yabg tak kena pada kawasan betis pada bahagian kaki kananku. Terus dengan pantas aku melihat ke arah betis ku itu. Dann. Arghhhhhh. Aku menjerit keseraman apabila melihat seekor lipan para kaler merah sebesar itu jari tangan dan oanjang sejengkal setengah sedang enak mengulor di betia gebuku itu.

Sungguh ku takut. Ku risau akan bisanya yang mampu membunuh jikalau terkena. Ahh tanpa fikir panjang terua aku terajang terajang angin di kawasan itu sehingga terpelanting lipan itu ke lantai. Kedebuukkk. Bunyinya. Sejurus selepas itu lekas lekas aku mendapatkan kayu di dalam bilik air yang satu lagi untuk membunuh lipan tersebut.

Aku aim target aku. Lipan mengeluarkan bunyi yang menakutkan seluruh alam. Sssttttt bunyinya. Dua saat selepas target locked. Aku terus memukul tubuh lipan itu sekuat hati aku tanpa ada belas kasihan apatah lagi sifat perikemanusiaan. 10 saat berlalu. Lipan mati meningglkan balu dan anak satu. Ku buang lipan di longkag berdekatan rumahku. Lipan dibawa arus air hujan yang mengalir menuju ke destinasi impiannya tanpa rasa ragu.

Itulah ceritanya yang aku predict 4 hingga 5 tahun yang lalu dialami oleh diriku.

Risk Management

Jaga jaga. Aku nak basuh muka aku kejap ni. Lepas ni aku sambung study balik dengan penuh kesteadyanku. Study untuk paper second last for my diploma. Ah berdebarnya rasa. Next week cuti sem. Uh lagi la eksaitet. Aum aum. Bye bye

Monday, November 26, 2012

Scene 1

Boyfriend: taip dalam twitter "lapar :'("

Girlfriend: "tak makan lagi ke awak?" reply for that tweet.

Boyfriend: bangang! Dah lapar ni. Kompom kompom la aku tak makan lagi.

Aku: Kakakaka! Bangang punya makwe tanya soalan bangang.

Tenang

Sememangnya ahti aku takkan tenang aman dan damai sekiranya pintu bilik tidak berkunci dan tingkap bilik terbuka luas.

Aku dengan sepenuh tenaga bangan dari pembaringan atas tilam yang empuk hanya sekadar untuk tutup dan kunci tingkap dan pintu itu.

Semestinya kedamaian akan dirasai setelah ianya dikunci rapi.

Rasa Pelik

Pelik ja rasa ini jam. Ada yang tak kena ka? Tapi kat bahagian mana? Atau aku duk pikiaq banyak sangat pasai balik rumah. Aduh. Awat ni? Memang la aku ride untuk balik kali ni. Jarak tu bukan masalah bagi aku. Sekarang kondisi moto itu adalah keutamaanku. Adakah semuanya tiptop? Atau.... Ah malas aku fikir. Fikir untuk paper esok lagi baik. Lepas tu fikir nak beli double a paper untuk print aku punya final year project report book. Hmm. Apa lagi ek. Rasanya dah cukup. Aku rasa nak tidur kejap. Penat dengan hal dunia. Ciao

Ps. Semoga beliau happy dengan cuti semester beliau

Bergaduh Dengan Final Exam

Aku nak cerita satu hal ni. Pada minggu lepas lagi aku dah mula exam sebenarnya. Exam yang mana merupakan exam terakhir aku kat sini. Iaitu exam di semester lima. Final exam yang berlansung sememangnya membuatkan nafsu mengajak ku pulang ke rumah semakin kuat. Ni lagi seminggu nak habis exam. Tinggal lagi tiga paper. Aku bertahan dengan steadynya seumpana masked rider bertarung dengan musuhnya. Apa yang aku buat dikala malam menjelma ada biasa. Iaitu study sikit sikit dan banyak banyak. Banyak banyak tu sebab esoknya dah nak masuk hall. Cilaka. Boleh buat rilex lagi. Kalau nak tengok betapa rileknya aku. Ha tengoklah sekarang. Masih sempat update blog. Celak mata kejap lagi terus ke dewan. Pergh rak ke gila namanya. Oleh itu. Apa kata aku nak study sikit ja lagi. Then boleh tidur dengan tenang dan senangnya. Harap harap begitulah. Dah akhir sekali. Aku nak mohon ampun dengan Tuhan sebab atas salah silap aku yang terdahulu dan yang sekarang. Aku banyak salah. Banyak dosa. Semoga Tuhan ampuni dosa dosaku. Aminn. Aku nak study kejap lah. Nak usaha banyak sikit. Ciao.

Ps. Alhamdulillah for everything I got till now. Thank you Allah.

Monday, November 12, 2012

Tragedi November

Sampai ja sampai mitec tadi terus aku letak bag dan keluar bilik pegi jenguk my baby monster. Alhamdulillah keadaan dia selamat. Dan dan aku repair kedudukan kedua dua side mirror yang dari minggu lepas aku dah niat nak repair. Kemudian aku hidupkan enjin dan bawak dia ronda satu mitec seround. Hati banyak senang sebab motor selamat dari gangguan parasit. Alhamdulillah again.

Ps: Hope the miracle will come to us. Im still waiting and keep waiting for it.

Thursday, November 8, 2012

From our future PM

“Kepada anak-anak saya pesan, hadapilah segala
ujian yang mendatang dengan tabah untuk dapatkan
keredaan ALLAH.
"Jangan putus memohon dan berdoa kepada-NYA
moga perjuangan kita diterima.”
Katanya lagi, beliau dan suami sering menasihatkan
anak-anak agar jangan berputus asa dan sentiasa
meminta petunjuk ALLAH jika berhadapan dengan
situasi sukar.

Sunday, November 4, 2012

Good To Do

Kalau rasa tak boleh kerja di bawah orang lain, 

buat plan betul-betul pergi cari peluang buka perniagaan. 

Kerja sendiri, gaji diri sendiri, kalau silap marah diri sendiri 

dan makan duit pun hasil usaha sendiri. 

Cari kepuasan untuk diri sendiri!