Sunday, January 29, 2012

Ahad Bersama Dunia

Ahad, hari yang agak bermakna

Keluar berbelanja baucer buku di Jusco dan juga Angsana

Rakan-rakan, Aizat, Syafiq Aris dan Syafiq Amin juga

Mereka steady-steady sahaja

Melihat makwe berbaju belang hitam putih bersama

Bergelak ketawa, bersuka ria

Menyanyi bersama melupakan siksa dunia buat seketika

Pulang, pulang bersama barang yang disuka

Seronok bersama dengan mereka

Bahagia agaknya

Dunia

Saturday, January 28, 2012

Persetan

Rakan dari kampung pernah berkata

“Jangan terlalu baik dengan orang, nanti kepala akan dipijak-pijak”

Benar, aku percaya  katamu wahai rakan

Aku berkawan dengan orang

Tapi aku berkawan tak seperti yang kau pesan

Aku berterusan baik

Baik selalu dengan sesiapa saja

Mungkin ini akan jadi permulaan bagi aku untuk persetankan

Bersedia. Mula.

Makan

Dia boleh membaca jikalau dia suka

Siapa kisah jika dia mahu membaca

Itu semua kehendak dia, jiwa dia

Akal dia, minda dia, dia yang punya

Biarkan dia dengan  hidupnya

Mungkin itu bebas baginya

Kita hanya mampu lihat saja

Tegur. Tidak berdaya

Mungkin ini makan dia

Aku Aku Aku

Jangan pelik sebab dua entri dalam satu masa

Kerna ianya ditaip pada masa idea yang datang secara membabi buta

Aku menulis bukan kerna apa

Tapi hanyalah untuk….

Tengok, aku sendiri pun tak pasti dengan apa yang diperkata

Boleh hilang kualiti menulis yang sedia ada

Aku aku aku..

Menulis dan menaip itu bagi aku adalah sama kerna ianya datang dari minda dan akal yang satu

Cakap Saja

Belum apa-apa

Mereka dah berbicara tentang masa depan yang entah apa-apa

Hebat betul mereka, mungkin saya yang masih alpa

Saya bersahaja mendengar mereka berbicara

Apa yang dikata mungkin bukan saja-saja

Ada maksud disebaliknya

Saya juga mahukannya

Jangan cakap saja

Mari lakukannya

Teruskan

Apakah ini?

Apakah ini puisi? Guridam? Atau omong kosong?

Tidak, ini bukan omongan kosong

Ini ada kisah disebaliknya

Disebalik kejadian yang tidak dipinta

Tetapi berlaku pada dirinya

Ada hikmah disebaliknya

Jangan risau, itu bukan yang terbaik

Terbaik itu akan datang bila tiba waktunya

Teruskan. Kerana itu yang terbaik

Thursday, January 26, 2012

Gila

Sebenarnya aku masih dalam dilemma barangkali. Dilemma apa benda pun aku tak pasti. Sukar untuk aku

mengatakan sesuatu yang aku tak pasti. Tetapi sebenarnya aku rasakan ia sungguh pasti, tepat dengan 

sasaran. Aku, aku biasa, aku tak meggila. Aku juga bukan jenis yang suka di suka. Sesugguhnya aku amat 

biasa, biasa sehingga menjadi luar biasa bila berada dalam hutan manusia.

Gila. Cakap tak serupa bikin. Setiap hari dengan perbuatan yang hampir sama. Berjumpa dengan mereka 

yang pastinya sama sahaja dari saat mengenali. Tetapi, ada yang merisaukan apabila setiap daripada mereka 

berubah cara diri dan aku masih disini. Tanpa apa-apa tindakan yang tak lebih dari apa biasa yang dilakukan. 

Berubah, itu saja peluang yang ada.

Aku boleh, kerana aku masih ada dia dan Dia.

Cinta selepas kahwin

Cinta selepas kahwin ada hikmah yang tersendiri dan semestinya semua itu telah ditetapkan oleh Tuhan. Cinta selepas kahwin selalunya berlaku atas pilihan keluarga. Ramai yanag mengatakan setuju apabila ditanya mengenainya. Tapi tak kurang ramai jugak mengatakan tak setuju apabila ditanya. Benar, jodoh itu ditetapkan oleh Tuhan dan ianya telah pun tercatat di luh mahfuz.

Bagi saya, cinta selepas kahwin ada cabarannya dan ada bahagianya. Pasangan kita, kita tak kenal siapa dia selagi tiadanya proses merisik. Dan itu semestinya menjadi tanda Tanya adakah bahagia menanti atau merana yang menanti di masa kelak. Ramai yang mengatakan pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik dan mestajab untuk kekal bahagia di masa hadapan. Dan saya tidak boleh menyangkalkan kata-kata itu kerana ada besar peratusan kebenarannya.

Di sini, yang menjadi tanda tanya kepada saya kenapa wujudnya juga peratusan yang besar akibat dari penceraian oleh pasangan yang ditentukan oleh keluarga. Ya, peratusan ini wujud. Dan buktinya, rakan kepada abang ipar saya sendiri yang mengalami situsi yang mencengkam jiwa tersebut. Bukan kerana apa, tapi kerana terpaksa kahwin dengan pilihan keluarga. Keluaraga mahukan yang baik-baik dan soleh solehah untuk dia. Latar belakang keluarga diutamakan dan rasa cinta yang masih belum wujud antara pasangan diketepikan.

Mereka percaya bahawa rasa cinta itu boleh dipupuk selepas kahwin. Bagi saya itu tidak mengapa kerana ada benarnya. Tetapi balik kepada cerita tadi, rakan kepada abang ipar saya dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya dan tidak lama selepas itu. Rumah tangga mereka retak dan tiada menanti belah kerana dia masih mencintai gadis pilihannnya yang mana mereka telah bercinta selama beberapa tahun. Dan hasilnya hanyalah janda anak seorang. Lelaki tersebut mencerainya dan mengahwini gadis pilihan hatinya kerana disitulah cinta sebenarnya dan mereka hidup bahagia.

P/S: Gua cakap ke lu orang la, ni entri pertama gua. Lu orang boleh komen.. lu orang boleh komen.. Gua susah nak describe tajuk ni dengan lebih lebar.. Bukan apa. Nanti ada yang serang gua tetiba sebab pandai-pandai saja cakap fasal kahwin.. Jadi dengan ini, gua akan terus menulis dalam blog gua. Walau apa jua rintangan melanda..

Thursday, January 19, 2012

Sekadar newbie

Betul apa yang brader tu ada cakap, Ada betulnya. Semua yang dibuat hanyalah sekadar tindakan newbie.

Apa yang perlu dibuat adalah penambahbaikkan dari apa yang sedia ada dari newbie tersebut.

Jadi, untuk perkara tersebut, nak tak nak mau tak mau, kena balun je lah.

Jika tidak, hanyalah harapan dan keinginan yang sia-sia.