Thursday, January 26, 2012

Cinta selepas kahwin

Cinta selepas kahwin ada hikmah yang tersendiri dan semestinya semua itu telah ditetapkan oleh Tuhan. Cinta selepas kahwin selalunya berlaku atas pilihan keluarga. Ramai yanag mengatakan setuju apabila ditanya mengenainya. Tapi tak kurang ramai jugak mengatakan tak setuju apabila ditanya. Benar, jodoh itu ditetapkan oleh Tuhan dan ianya telah pun tercatat di luh mahfuz.

Bagi saya, cinta selepas kahwin ada cabarannya dan ada bahagianya. Pasangan kita, kita tak kenal siapa dia selagi tiadanya proses merisik. Dan itu semestinya menjadi tanda Tanya adakah bahagia menanti atau merana yang menanti di masa kelak. Ramai yang mengatakan pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik dan mestajab untuk kekal bahagia di masa hadapan. Dan saya tidak boleh menyangkalkan kata-kata itu kerana ada besar peratusan kebenarannya.

Di sini, yang menjadi tanda tanya kepada saya kenapa wujudnya juga peratusan yang besar akibat dari penceraian oleh pasangan yang ditentukan oleh keluarga. Ya, peratusan ini wujud. Dan buktinya, rakan kepada abang ipar saya sendiri yang mengalami situsi yang mencengkam jiwa tersebut. Bukan kerana apa, tapi kerana terpaksa kahwin dengan pilihan keluarga. Keluaraga mahukan yang baik-baik dan soleh solehah untuk dia. Latar belakang keluarga diutamakan dan rasa cinta yang masih belum wujud antara pasangan diketepikan.

Mereka percaya bahawa rasa cinta itu boleh dipupuk selepas kahwin. Bagi saya itu tidak mengapa kerana ada benarnya. Tetapi balik kepada cerita tadi, rakan kepada abang ipar saya dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihan hatinya dan tidak lama selepas itu. Rumah tangga mereka retak dan tiada menanti belah kerana dia masih mencintai gadis pilihannnya yang mana mereka telah bercinta selama beberapa tahun. Dan hasilnya hanyalah janda anak seorang. Lelaki tersebut mencerainya dan mengahwini gadis pilihan hatinya kerana disitulah cinta sebenarnya dan mereka hidup bahagia.

P/S: Gua cakap ke lu orang la, ni entri pertama gua. Lu orang boleh komen.. lu orang boleh komen.. Gua susah nak describe tajuk ni dengan lebih lebar.. Bukan apa. Nanti ada yang serang gua tetiba sebab pandai-pandai saja cakap fasal kahwin.. Jadi dengan ini, gua akan terus menulis dalam blog gua. Walau apa jua rintangan melanda..

No comments:

Post a Comment