Friday, November 30, 2012

Kekusutan 3 hari

Kusut yang berlaku pabila 3 hari perlu diambil untuk menyiapkan final year project report book group aku. Jumaat tarikh terakhir dan jumaat jugak hari exam terakhir for this last semester. Rabu hantar ke kedai kat skudai dengan erlyn, farhan, shafiq, syafiq, almah, faezah dan jugak aku. Sampai sana malam pukul 8 malam. 30 sebelum kedai cetak tu tutup. Okay kedai accept. Dia cakap khamis malam pukul 8 boleh ambik. Ok cun kami semua setuju bayar rm30 sebuah untuk 15 set. Jumaat tarikh last submit actually. Dah khamis malam kami pergi ke kedai untuk ambik. Dan bila tiba. Masyaallah kedai tengah stamping tak habis lagi. Satu jam tunggu. Jam menunjukkan 8:55 malam. Sesaat selepas itu siap. Dua pekerja bawak buku report kami ke meja utama kaunter pembayaran. Daann. Memang tak dapatla. Format lingkup terus. Typo lagim ah memang lahanat jugak perasaan dia masa tu apa lagi memang kami semua tak setuju la. Lawan lawan lawan terus dia mau balikm sebab jam dah lewat. Esoknya pagi dia mintak call untuk dapatkan kepastian ok farhan call. Tegas dia cakap dan menipu kedai tu. Apa yang kami nak malamnya jummat dah bole ambik semuanya dicetak sempurna. Ah lingkup jugak pergi dia. Masih ada typo lagi. So tunggu lagi for about 50 minutes. Mampos aku cakap. Tapi nak tak nak memang kena tunggu la. Sambil sambil tunggu si sapik pontian lapaq pulak. So planning la pergi makan kejap. Not bad la itu jam aku jamah nasik ayam penyet restoren lynn. Licin sup dia aku hirup. Kehkeh. Sebelum jam mencecah 9 malam. Aku dengan farhan gerak ke kedai lily photostate semula. Sapik pontian makan lagi sebab makanan yang dia order baru sampai so kami biarkan jelah dia makan dulu. Tiba di kedai. Uh apa pun tak siap lagi. Nak tak nak 10 minit jugak tunggu untuk siap lepas kami makan semua. Ah memang aku serik dah buat dekat kedai tu. Tobat aku tak mau p lagi lepas ni. Kakaka. Resit dibuat. Untuk proses claim. Buku sampai check all properly. All is good. Then payment is made. With the tauke. Chatting for a while about unikl then belah la. Malas dah. Penat dah. Dan sapik pontian pun ada kerja dia sendiri. Gerak balik. Settle hal. And alhamdulillah. In syaa allah takdak hal isnin ni aku submit ke supervisor aku dan juga coordinator fyp aku. Kemudian aku boleh pulang ke kampung dengan happily. Yehaa.

Memang aku boring ni. Itu sebab aku karang natang ni guna phone aku. Walaupun keyboard dia tak best langsung.

No comments:

Post a Comment