Tuesday, February 28, 2012

Gerhana Matahari

Sedang berjalan tengah-tengah hutan manusia. Ku lihat seorang nenek tua sedang bermanja mesra bersama pasangannya. Agak muda wajah pasangannya. 20 tahun boleh dikata jurang bezanya. Entah cucu atau anaknya aku persetankan saja.

Makin dekat ku berjalan menghampiri mereka. Mereka berdua tersenyum selamba. Entah kenapa senyum begitu kepadaku. Makin ku dekat, nenek itu menyapa “anak muda, mari ke nenek sekejap” kata nenek tua itu kepadaku ketika jarak antara aku dan dia serta pasangannya hanya 2 meter sahaja.

“ya nek, ada apa?” aku bertanya dengan riak muka yang agak nebes dan sedikit angkuh tetapi bijaksana.
“anak muda, kamu ni hensem juga sebenarnya, hensem pakaian, dan hensem wajah dari pandangan mata kasar nenek yang tak seberapa nak power dah ni, tapi nenek nak kabor satu je, tapi hensem akidah dan akhlak dalam diri itu adalah yang lebih penting, wahai anak muda. Buka dan gunakanlah akal yang dikurniakan dengan bijaksana. Jangan nak bersikap seperti sang kapitalis!. Ingat pesan nenek ni” panjang lebar nenek tu bercakap ke aku.

Aku mengiyakan saja. Betul apa yang dikatakannya. Satu senyuman comel dilemparkan aku ke nenek itu dan pasangannya yang ketika itu sedang lepak di setarbak kofi.

Aku teruskan perjalanan yang tiada hentinya dengan hati dan minda yang dalam proses mencari-cari sesuatu yang tak pasti.

“Mungkin sejam dua lagi akan aku temui” fikir aku seorang diri sambil menanti munculnya gerhana matahari di malam hari.

No comments:

Post a Comment