Wednesday, February 22, 2012

Tengah bosan

Kali ni nak taip tanpa memperbetulkan typo typo yang saya sendiri buat.

Kalau ada, saya nak mempersetankan saja. Hmm, bukan apa, kali ni nak test sikit gaya penulisan yang baru. Dah selalu sangat guna bahasa yang sama dan bila jarang tulis ni, mula lah nak rosakkan bahasa.

Sebab tu lah ada brader tu pesan ke saya. Teruskan berblog dan menulis. Sekarang saya dah tau kenapa mereka pesan gitu. Sebabnya untuk diri sendiri dalam mencari dan mendapatkan idea idea penulisan yang baru serta menjaga kualiti penulisan itu sendiri.

Terima kasihlah saya ucapkan atas nasihat yang diberikan oleh brader brader tu ke saya.
Sebenarnya saya tipu. Saya repair jugak kebanyakan typo yang saya buat. Okay, padan muka.

Nota comel: Tengah bosan melayan nota nota. Mau balik bercuti di kampong rehatkan kepala..

No comments:

Post a Comment