Friday, February 10, 2012

Amin Relax

Bam! Bam! Bam! Pintu bilik Amin diketuk. Amin bangun dari kerusi dan buka pintu itu.
“oh, kau Fakri, nak apa datang bilik aku malam malam ni?” Tanya Amin kepada si Fakri untuk kenal pasti tujuan sebenar dia datang tengah malam ke biliknya. “aku nak pinjam kau punya joystick kejap” kata Fakri kepada Amin. Dalam hati Amin, dia dah boleh agak bahawa Fakri akan bermain PES bersama mereka yang lain di bilik bawah sana. “nah, ambik, rosak, ganti” tanpa rela Amin memberi. Disebabkan dia kawan Amin. Amin bagi je tanpa ragu ragu.

Keesokkan harinya

Amin pergi ke bilik Fakri untuk mengambil balik joystick kepunyaannya. Tapi tanpa diduga. Si Fakri mengatakan “pukul 4 nanti lah aku bagi balik, kau tunggu je kat bilik kau tu, kalau takde, maksudnya kau tengok kat tong sampah depan bilik aku, kalau takde jugak, kau pergi tengok kat tempat pembuangan sampah di belakang kafe, kalau takde jugak, mungkin dah kat dalam tasik. Kahkahkah!” selamba saja Fakri menjawap tanpa memikirkan apa apa impak yang akan berlaku ke atasnya disebabkan kata kata dia tu.
Amin relax, dia tak cakap banyak. Cuma cakap “ok, pukul 4. Hantar, jangan tak hantar pulak!”

Hari yang sama pukul 4:00 petang

Amin di biliknya menanti Fakri hantar semula joysticknya, tapi seperti biasa Fakri memungkiri janjinya. Amin relax, Amin tak kecoh kecoh sebab dia tahu Fakri hanya berada dalam bilik pada ketika ini. “budak ni kalau tak tidur, mesti mengadap laptop. Dua tu je” getus hati Amin.
Amin menuruni anak  tangga dengan hati yang tenang sambil membawa satu benda di tangan kirinya. Nampak macam tajam, tapi tak pasti apa bendanya.

Bam! Bam! Bam! Pintu bilik Fakri diketuk, tiada sebarang respon setelah 5 saat ketukan dilakukan. Amin memegang tombol pintu bilik. Buka pintu dan melihat si Fakri sedang enak tidur tiduran. Dan yang paling menyenangkan hati Amin adalah bilik Fakri yang hanya ada Fakri saja di dalamnya. Entah ke mana roommatenya Fakri itu pergi pun tak tahu lah. Persetankan saja semua itu.

Kerja kerja Amin menjadi lebih mudah sekarang. Amin dengan pantas dan tangkas memekup mukanya Fakri dengan bantal yang diambil dari katil sebelah. Kuat Amin menekan bantal itu ke wajahnya Fakri. Kuat dan kuat lagi tekanannya sehingga perlahan saja gerak tubuh Fakri setelah puas menggelupur gila babi tanpa mengetahui siapa gerangan yang melakukan tindakan itu terhadapnya.

Bantal dialihkan. Tangan dan kaki Fakri telah diikat kuat oleh Amin ketika Fakri berada dalam keadaan lemah tadi. Mulutnya Fakri di salotape. Hanya mereka berdua saja dalam bilik yang panas membahang itu. Amin kini telah bersiap sedia dengan tugasan barunya. Pisau utility sepanjang sejengkal itu dikeluarkan dari koceknya. Dibawanya pisau itu ke arah mata si Fakri. Dirobeknya mata sebelah kiri Fakri dalam dalam menggunakan pisau itu. Fakri hanya menggelupur. Tiada kata yang dikeluarkan kecuali “arrrrggghhhh, urggghhh” itu saja. Dan kini mata kirinya telah hancur akibat robekan dan tujahan pisau itu. Amin mula melakukan torekan dari bawah tengkuk Fakri. Toreh dan tarik. Tekan dalam dalam. Tarik pisau itu sampai ke perutnya Fakri. Nampak isi perut Fakri yang masih segar berdenyut denyut. Amin memasukkan tangannya ke ruang yang dilakukannya menggunakan pisau di bahagian perut  Fakri. Digenggam genggam organ organ dalam perut Fakri. Darah yang dari tadi tak henti henti keluar dari muka dan perut Fakri kini sudah mula mengeluarkan bau hanyir. Amin tidak kisah, Amin relax, Amin tarik tarik organ organ dalaman Fakri. Paru paru, jantung, hati, usus kecil, usus besar, pancreas, limpa, semuanya kiri tidak lagi berada dalam keadaan normal. Semuanya telah dimasukkan ke dalam laci almari Fakri. Amin kini puas melihat Fakri yang rompong bahagian perut dan mata kirinya. Penuh dengan darah. Bau hanyir tak terkata. Amin telah menjumpai joysticknya. Seronoknya tak terkata. Tak terhingga. Lebih puas dari merobek robek perut Fakri rasanya. Amin tersenyum girang. Puas dan pulang ke biliknya dengan selamba.

3 comments:

  1. peh bapak scary cite nih!! hahaha

    ReplyDelete
  2. haha, thanks ary! nanti aku buat yang lagi lagi scary sampai merabakkan hati ..

    ReplyDelete
  3. eii, hahaha, aku rasa seronok dengan cerita yang macam ni. aku boleh bunuh orang dengan buat cerita. hehe

    ReplyDelete