Wednesday, February 8, 2012

Kerja Tertunggak

Pukul 9 pagi Kimi bangun dari tidurnya. Terus dia menghadap laptop kesayangannya dalam erti kata ingin menyiapkan kerja-kerjanya yang tertunda sejak dua tiga hari ini. Matanya tepat memandang screen computer ribanya tetapi jari-jari tangannya masih kaku untuk memulakan taipan.

Kimi yang mula kusut kepalanya mula memikirkan sesuatu yang boleh dijadikan spirit untuk menyiapkan kerjanya. Tetapi apa yang dia dapat adalah kosong. Ya, kepalanya masih buntu memikirkana cara yang paling mustajab untuk memulakan langkah kerjanya.

Tiba-tiba, Kimi terfikir sesuatu yang bernas dan menyenangkan dirinya. Mungkin untuk seketika dan mungkin juga untuk selama-lamanya. Dia teringat sesuatu yang dibelinya pada satu minggu yang lepas. Satu alat bernilai RM5.90. dibelinya di Harris, Jusco Tebrau, iaitu kedai alat tulis. Alat tersebut adalah pisau utility. (pisau tolak tarik). Tak terlalu besar, tak terlalu kecil. Satu jengkal panjangnya.

Diambilnya pisau itu dari dalam laci meja studynya. Dan diperhatikannya tubuh pisau itu. Masih baru. Tidak pernah digunakan. Tajam sekali. Kimi yang ketika ini sedang berada dalam bilik bersama roommatenya yang sedang asyik tidur mula melakukan langkah pertama. Kimi dengan pantas berada di sebelah katil rommatenya dan dia menutup mulut roommantenya yang sedang tidur itu. Lantas dengan itu juga dia menggunakan pisau untuk merobek-robek perut roommatenya. Terburai segala isi perut yang ada. Terkeluar dari tempat asal. Segala usus kecil dan usus besar sudah berselerakan di atas lantai. Selesai kerja merobek. Roommatenya kini hanya tinggal tubuh kaku dan bahagian perut yang rompong dan berlumuran dengan darah serta lendir-lendir yang datangnya dari dalam perut.

Kimi mengemas biliknya. Kimi kini sudah puas. Puas dengan kerja-kerja merobek kawasan perut roommatenya itu. Kimi tersenyum girang. Kini idea untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak sudah datang.

No comments:

Post a Comment