Tuesday, March 20, 2012

Memboyot

Tak jelas apa yang dilihat oleh Amir. Amir keseorangan di dalam bilik kecil itu. Bilik yang keadaan keadaannya gelap gelita telah menjadi tempat dia membesar sehingga hampir 17 tahun lamanya. Amir terlihat sesuatu melalui lubang kecil yang terdapat pada bilik yang gelap itu. Amir tertanya-tanya apakah objek telah menyebabkan berlakunya pergerakan tadi. Amir menggaru-garu kepalanya yang sudah berkurap dan bernanah setelah bertahun-tahun tidak mandi.

Sekali lagi Amir terpandang akan pergerakan pelik itu dari lubang kecil yang sama. Apa yang dilihatkan bukanlah apa-apa sebenarnya, hanya ketibaan seorang wanita tua yang umurnya boleh dikatakan 60 tahun lebih jika dilihat dari gaya dan wajahnya. Wanita tua itu kelihatannya seperti membawa satu bungkusan yang bersaiz sederhana.  

Dari situ saja Amir sudah tahu bahawa wanita itu adalah ibunya dan dia sedang membawa sebungkusan makanan kepada Amir yang telah lama berada dalam tahap kelaparan yang serius. Wanita itu menghampiri satu tingkap besi yang mana hanya sebesar satu wajah seorang manusia asia. Kunci yang terletak pada tingkap besi itu dibuka dan Amir dari dalam lagi sudah senyum tanda bahagia kerana makanan yang diidam-idam olehnya sudah sekian lama akhirnya menjadi kenyataan.
Bungkusan makanan dihulurkan dengan penuh kasih sayang seorang mak ke anaknya “Terima kasih, mak” ucap Amir kepada emaknya setelah bungkusan makanan tersebut dicapainya. Serak-serak basah suara Amir ketika itu. Emak Amir hanya melemparkan senyuman yang dalam ertinya sambil matanya yang agak berkaca.

Amir buka bungkusan itu dan kelihatan satu set McD Big & Tasty sedia untuk dijamah oleh Amir. Amir ialah seorang remaja yang menghidap penyakit mental gila sawan babi kuasa empat sebenarnya. Pabila malam menjelang terutamanya pada pukul 10 malam hingga ke 12 malam penyakitnya akan mula beraksi. Ramai yang telah menjadi mangsa disebabkan oleh penyakitnya itu. Antara mereka yang telah menjadi mangsa kepada Amir ialah 8 ekor kucing, 6 ekor anjing dan 4 orang manusia telah terkorban dan mereka semua telah selamat disemadikan di dalam perut Amir yang kelihatan memboyot hari demi hari. Oh ya, Amir ni seorang yang suka hidup dalam keadaan berbogel dimana jua dia berada sebenarnya..


Tamat cerkon.  

2 comments: