Friday, July 6, 2012

Salam Jumaat Julai

Dah lama rasanya aku tak menerbitkan entri dalam blog aku ni. Ada sebab musabab dia kenapa aku tidak melakukan perkara sedemikian. Mungkin ada yang datang menjenguk blog aku, tak ramai, tapi ada. Dan semestinya mereka bosan dengan apa yang dipaparkan.

Pada masa akan datang mungkin akan ada pembaharuan dan mungkin juga tiada dan hanya pengekalan konsep sebegini yang akan berterusan.

Dalam blog ni aku sebenarnya aku ingin melakukan / menerbitkan beberapa buat cerita kontot dari aku sendiri dan ianya untuk tatapan sidang pembaca walaubagaimanapun itu adalah tidak menjadi keutamaanku. Tetapi, kepuasan diri sendiri yang mana sesuatu yang diinginkan akhirnya berjaya dihasilkan dengan hasil usaha pemikiran dan pembaharuan dalam cara pemikiran dalam melakukan sesebuah cerita. Seterusnya sedia untuk dibaca oleh sesiapa saja yang melawat blog ini.

Kepada yang membaca atau terbaca, lu orang rileks. Kalau nak baca, lu orang baca. kalau tak nak, tukar ke page lain, apa susah?

Rasanya hari ni hari Jumaat. Eloklah lebih manis jika gua pergi bersiram seketika dan bersiap menuju ke jalan kejayaan. Assalamualaikum.

2 comments: