Saturday, July 28, 2012

Puasa ke 7

Berbuka puasa yang paling rancak untuk ramadhan kali ini ialah berbuka pada hari ini. Iaitu hari sabtu. 80% family aku pulang ke kampung. Memang best sangat tambah pulak dengan aktiviti membakar ikan lepas balik dari bazar dengan dua orang abang ipar aku iaitu amar dengan razif.

Hanya adik mira dengan bab saja yamg tak balik kampung. 5 lagi semua ada. Tambah dengan anak menakan yang nakal nakal belaka memang tak menang tangan. Sumpah tak menang. Last sekali aku layan yang mana sempat je. Main pes 2012 dengan egi. Haha aku menang 2-1.

Bapak aku hari ni dia pergi padang besar perlis. Cari barang apa entah. Untuk majlis perkahwinan atau biskut raya pun aku tak tau. Janji dia bahagia. Hehe.

Part paling best menu hari ni memang sedap sedap semua. Ada laksa hutan kampong. Pergh. Cucur udang. Air apple. Jus limau. Memang terbaik.
Dan macam macam lagi lah.

Part yang agak duka cita ialah aku dah nak lena pulang ke pasir gudang, johor. Huhu. Rasa macam tak betul betul nak balik sana lagi. Nak rest dua minggu lagi baru cukup syaratnya.

Nak tak nak apa aku boleh buat. Isnin dah mula kelas. Balik je lah. Tak ada masalah aku rasa. Janji azam nak berjaya tu kena kuat. Insyaallah. Azam sem ni ialah menjadi hambanya dengan lebih bertakwa dah concentrate pada pelajaran dengan lebih gigih. Disamping itu aku jugak akan cuba dekat dan rajinkan diri untuk ke surau. Insyaallah. Yakin.


No comments:

Post a Comment