Dalam perjalanan pulang dari uitm Kedah tadi aku ada sembang srmbang dengan bapak aku. Topik kebanyakannya berkenaan kereta dan pelajaran. Tapi aku yakin 70% adalah berkenaan kereta. Satu soalan yang dah lama aku nak tanya bapak aku ialah kereta pertama yang dia pakai setelah berkerjaya.
Dan kereta pertama dia ialah Mazda Capella. Dia cakap dia pakai kereta ni selama 9 tahun lebih. Iaitu semasa 5 tahun mula mengajar di sekolah menengan sik, kedah dan hampir lima tahun lebih dia pakai semasa mengajar di sekolah menengah kebangsaan kubor panjang kedah.
Hebat bapak aku ni. Tak lama lepas tu dia jual mazda capella dia dan angkat mazda 323 pulak. Serius aku tak pernah tengok dan tau pun kisah kisah dan kereta ni. Tapi apa yang pasti bapak aku masih dengan kerjaya dia iaiti menjadi seorang pendidik anak bangsa. Ini dia gambar kereta mazda capella kalau lu orang nak tau. Mazda 323 lain hari aku cerita.
No comments:
Post a Comment