Monday, February 13, 2012

Rumah Teres Adam


Seperti biasa. Adam dengan rutin mingguannya. Dan hari ini adalah minggu di mana dia perlu membunuh seorang gadis yang masih perawan. Tapi kali ini juga dia merancang untuk tidak melakukannya kerna ada sesuatu yang mengganggu jiwa dan sanubari hati lelakinya. Dia mohon berehat seketika buat masa dua ke tiga hari yang akan datang.

“Rasanya dah cukup dulu dengan tiga puluh empat orang menjadi mangsa bunuh secara kejam buat masa ni. Mungkin esok atau lusa atau tulat akan tiba masanya lagi” kata Adam dalam keadaan berbaring sambil kedua-dua tangannya diletakkan di bawah kepala. Selesa sekali pembaringannya.

Perancangan yang lebih teliti akan dilakukan semasa dalam waktu rehatnya. Segala peralatan seperti gergaji, mesin gerudi, penukul pelbagai saiz, paku, pisau, tali dan pelbagai peralatan lain disusun rapi di atas rak dalam bilik tidur di kediaman rumah teres lama yang didiaminya. Semua peralatan itu akan digunakan dengan sebaik yang mungkin bergantung kepada respon mereka yang bakal menjadi mangsanya.

“Aku perlu tidur seketika sementara menunggu malam menjelma” Adam bermonolog seorang diri di dalam biliknya. Bilik yang agak kemas itu telah menjadi tempat penginapannya selama hampir dua tahun. Sesungguhnya Adam mempunyai kisah hidupnya yang tersendiri.  Adam keseorangan setelah  hatinya dipatahkan oleh isterinya yang mana isterinya telah berlaku curang dengan lelaki spesis Caucasian. Dan yang sadisnya tragedi itu berlaku  di depan kedua-dua biji mata Adam sendiri.   

Adam tidak dapat menerima perilaku mereka berdua. Adam telah membunuh mereka dengan kejam. Kejam sekejam-kejamnya. Sehingga hari ini, mayat kedua-duanya selamat bersemadi di dalam tanah bertempat di ruang tamu rumahnya Adam.

Adam tidur dengan nyenyak sekali sementara menanti jam 10:00 malam.


Nota comel: Penulisan kali ni agak barai dan rompong. Sebabnya, concentration saya loose sikit 
bilamana roommate saya buka lagu k-pop kuat sangat semasa saya buat entri ni.

No comments:

Post a Comment