Tuesday, February 21, 2012

Beli Barang

Assalam semua
Jumaat yang lalu aku dan abe dah decide nak beli something dengan baucer  buku 1Malaysia yang kami masih ada. Abe ada 50, aku ada 50. Dan dengan baki yang ada, aku dan abe decide untuk beli novel dan baju t shirt.

Mana kami beli? Kami beli di lejen press. Tapi kami beli online lah. Process pemilihan barang aku yang buat dalam online service tu. Abe tengok dan pilih je. Dia pilih Novel Jusoh Turbo dan sehelai baju t shirt lejen press. Aku pulak pilih Novel Sperma Cinta dan sehelai baju yang sama jenis dengan dia.  Dan sekarang jumlah keseluruhan produk kami nak beli tu ialah RM88.

Tambah dengan shipping kos RM6, jadilah RM94. Yang selebihnya, halalkan jelah. Lagipun pakai baucer ye dak? Apalah sangat nak berkira bantu syarikat anak muda bumiputra. Tak salah..tak salah.

Pembayaran kami buat dengan Pos Ekspress baucer tu ke alamat yang di beri lejen press.  Dan lepas tu aku inform ke lejen press kata aku dah buat payment melalui email. Pada malamnya,  Lejen press beri respon dengan mengatakan produk yang kami nak tu dah di proses. Tak sabar pulak aku nak dapat apa yang aku dah lama idam idam kan tu. Kahkah.

Berbaloi kot beli Novel dengan baju t shirt sehelai. Boleh pakai lama pulak tu. Buku pulak boleh baca bila nak rehatkan kepala hotak yang full dengan kerja kerja yang tak pernah sudah. Letih.. letih. Ye lah, student lah katakan. Kesian..kesian.

Jadi, mungkin esok, mungkin lusa atau minggu depan barang barang tu akan sampai. Kebarangkalian Novel tu aku nak kongsi dengan "beliau" tu ada la jugak rasanya. Dengar kata, Novel Sperma Cinta ni kelakar, power dan padu pulak tu sebab tu lah rasa nak beli tu ada.

Ok lah, cakap banyak pun rasa macam ke laut je. Jadi aku belah dulu lah, esok ada quiz pulak. Good Luck to me.   Assalam. Ciao.


Nota comel: Klik SINI jika anda ingin usha usha jugak novel novel dari lejen. 


No comments:

Post a Comment