Sunday, July 29, 2012

Hari terakhir

Pada satu petang yang aman damai. Lelaki A tinggal dengan kakaknya berduaorangan. Lelaki A tidak banyak cakap dengan kakaknya. Hanya bercakap yang penting penting saja. Lelaki A pada hari itu 90% masanya dihabiskan dengan bermain dengan internet yang dipurchase pada smartphonenya. Dia sungguh bahagia.

Sebenarnya, pada malam itu lelaki A harus pulang ke tempat yang semestinya satu tempat yang berat bagi lelaki A. Ianya ialah tempat lelaki A belajar. Empat tahun saja lagi baki pengajian yang tinggal. Lelaki A agak rungsing pada petang itu pabila memikirkan hal ini.

Lelaki A kuatkan semangat juga kerana ini saja yang dia ada untuk dilakukan pada waktu ini. Iaitu menuntut ilmu dengan penuh keazaman demi kebahagian masa depan.

Lelaki A tidak banyak bercakap pada hari itu. Pemikirannya hanya fikir akan subjek subjek yang akan dipelajarinya. Dan itu sudah cukup membuatkan lelaki A rasa berdebar, dan sedikit gelisah.

Tiba masa lelaki A mengemaskan barang barangnya untuk dibawa ke tempat pengajiannya yang mana jarak perjalanan memakan masa selama hampir 11 jam dan mungkin lebih.

Apa apa pun azam lelaki A pada semester ini adalah tak sehebat mana. Tetapi semangat dalam merealisasikan azam itu tetap ada dan tak pernah terkubur.

Lelaki A mula bergerak melakukan hal yang diperlukan olehnya pada petang itu dengan sebaris senyuman di bibir.


No comments:

Post a Comment