Friday, November 30, 2012

Kekusutan 3 hari

Kusut yang berlaku pabila 3 hari perlu diambil untuk menyiapkan final year project report book group aku. Jumaat tarikh terakhir dan jumaat jugak hari exam terakhir for this last semester. Rabu hantar ke kedai kat skudai dengan erlyn, farhan, shafiq, syafiq, almah, faezah dan jugak aku. Sampai sana malam pukul 8 malam. 30 sebelum kedai cetak tu tutup. Okay kedai accept. Dia cakap khamis malam pukul 8 boleh ambik. Ok cun kami semua setuju bayar rm30 sebuah untuk 15 set. Jumaat tarikh last submit actually. Dah khamis malam kami pergi ke kedai untuk ambik. Dan bila tiba. Masyaallah kedai tengah stamping tak habis lagi. Satu jam tunggu. Jam menunjukkan 8:55 malam. Sesaat selepas itu siap. Dua pekerja bawak buku report kami ke meja utama kaunter pembayaran. Daann. Memang tak dapatla. Format lingkup terus. Typo lagim ah memang lahanat jugak perasaan dia masa tu apa lagi memang kami semua tak setuju la. Lawan lawan lawan terus dia mau balikm sebab jam dah lewat. Esoknya pagi dia mintak call untuk dapatkan kepastian ok farhan call. Tegas dia cakap dan menipu kedai tu. Apa yang kami nak malamnya jummat dah bole ambik semuanya dicetak sempurna. Ah lingkup jugak pergi dia. Masih ada typo lagi. So tunggu lagi for about 50 minutes. Mampos aku cakap. Tapi nak tak nak memang kena tunggu la. Sambil sambil tunggu si sapik pontian lapaq pulak. So planning la pergi makan kejap. Not bad la itu jam aku jamah nasik ayam penyet restoren lynn. Licin sup dia aku hirup. Kehkeh. Sebelum jam mencecah 9 malam. Aku dengan farhan gerak ke kedai lily photostate semula. Sapik pontian makan lagi sebab makanan yang dia order baru sampai so kami biarkan jelah dia makan dulu. Tiba di kedai. Uh apa pun tak siap lagi. Nak tak nak 10 minit jugak tunggu untuk siap lepas kami makan semua. Ah memang aku serik dah buat dekat kedai tu. Tobat aku tak mau p lagi lepas ni. Kakaka. Resit dibuat. Untuk proses claim. Buku sampai check all properly. All is good. Then payment is made. With the tauke. Chatting for a while about unikl then belah la. Malas dah. Penat dah. Dan sapik pontian pun ada kerja dia sendiri. Gerak balik. Settle hal. And alhamdulillah. In syaa allah takdak hal isnin ni aku submit ke supervisor aku dan juga coordinator fyp aku. Kemudian aku boleh pulang ke kampung dengan happily. Yehaa.

Memang aku boring ni. Itu sebab aku karang natang ni guna phone aku. Walaupun keyboard dia tak best langsung.

Thursday, November 29, 2012

Untukmu FeZlina

FeZlina kau ku jaga rapi. Dirimu ku cintai. Kau nodai aku dengah ghairah. Aku jatuh aku rebah dalam belaianmu. Oh kekasih gelapku. Hanya kau yang satu. Izinku aku mencintaimu sepenuh hati setulus hati. Kau robek dadaku yang suci. Aku persembahkan hanya padamu.

Oh FeZlina. Terimalah daku.
Kucinta kamu.

.

She hates me.

Wednesday, November 28, 2012

Stolen

Sungguh gua baru lepas nonton filem Stolen lakonan Nicolas Cage yang sememangnya sentiasa mantap dan genius.

Apa yang buat filem tu lagi best adalah lakonan wanita ini yang sudah lama gua mencari siapakah gerangan beliau. Dah akhirnya di pagi buta ini aku ketahui siapakah beliau.

Wanita yang bernama Malin Akerman ini juga pernah berlakon dalah filem Watchmen pada beberapa tahun yang lepas. Mungkin 2008 kalau gua tak silap.

Dan dibawah adalah gambar beliau setelah 3 saat filem Stolen tamat terus aku gugel. Kakaka!

Tuesday, November 27, 2012

Kerabakan Tahap

Kerabakan dan kebahagiaan itu memang jauh sekali bezanya. Tiada pepatah yang mampu dicipta untuk membezakan mereka. Terlalu jauh. Terlalu dalam. Terlalu gelap. Terlalu terlalu.

Follow me pweashhh

Fakyu. Follow je lah aku ni aku bukan buat saja. Memang aku buat akaun aku ni untuk difollow. Kahkahkah

Pergaduhan Antara Aku dan Lipan Gergasi

Ingin aku ceritakan kisah ini pada sesiapa yang membaca. Di satu malam yang hening dan dimana angin bertiup kencang di luar rumahku. Aku didapur bersama abangku sedang menikmati hidangan di meja dapur.

Hidangan makan malam pada hari tu sugguh enak sekali. Setiap kunyahan dan jamahan pada ketika itu adalah jamahan kebahagiaan yang tiada tandingan. Selesai menjamah segala hidanganbyang dihidang, aku mengangkat pinggang yang aku gunakan itu menuju ke singki. Pada ketika ini.

Suasana di singki adalah agak seram sejuk. Ini kerana ada kain buruk tidak jauh dari kawasan singki itu. Aku mencuci pinggan tadi dengan penuh rasa bahagia didada. Tatkala aksi aku itu dilihat oleh kakak aku. Untung untung dia puji aku rajin dari abang aku tu. Setelah selesai mencuci pinggan.

Tetiba sesuatu aku dapat rasakan di bahagian kelenjar prostat aku. Iaitu pundi kencing. Tak jauh dari singki terus aku menerpa ke arah pintu tandas. Sementara aku menolak pintu tandas untuk membukanya. Tiba tiba aku terasa sesuatu yabg tak kena pada kawasan betis pada bahagian kaki kananku. Terus dengan pantas aku melihat ke arah betis ku itu. Dann. Arghhhhhh. Aku menjerit keseraman apabila melihat seekor lipan para kaler merah sebesar itu jari tangan dan oanjang sejengkal setengah sedang enak mengulor di betia gebuku itu.

Sungguh ku takut. Ku risau akan bisanya yang mampu membunuh jikalau terkena. Ahh tanpa fikir panjang terua aku terajang terajang angin di kawasan itu sehingga terpelanting lipan itu ke lantai. Kedebuukkk. Bunyinya. Sejurus selepas itu lekas lekas aku mendapatkan kayu di dalam bilik air yang satu lagi untuk membunuh lipan tersebut.

Aku aim target aku. Lipan mengeluarkan bunyi yang menakutkan seluruh alam. Sssttttt bunyinya. Dua saat selepas target locked. Aku terus memukul tubuh lipan itu sekuat hati aku tanpa ada belas kasihan apatah lagi sifat perikemanusiaan. 10 saat berlalu. Lipan mati meningglkan balu dan anak satu. Ku buang lipan di longkag berdekatan rumahku. Lipan dibawa arus air hujan yang mengalir menuju ke destinasi impiannya tanpa rasa ragu.

Itulah ceritanya yang aku predict 4 hingga 5 tahun yang lalu dialami oleh diriku.