Ingin aku ceritakan kisah ini pada sesiapa yang membaca. Di satu malam yang hening dan dimana angin bertiup kencang di luar rumahku. Aku didapur bersama abangku sedang menikmati hidangan di meja dapur.
Hidangan makan malam pada hari tu sugguh enak sekali. Setiap kunyahan dan jamahan pada ketika itu adalah jamahan kebahagiaan yang tiada tandingan. Selesai menjamah segala hidanganbyang dihidang, aku mengangkat pinggang yang aku gunakan itu menuju ke singki. Pada ketika ini.
Suasana di singki adalah agak seram sejuk. Ini kerana ada kain buruk tidak jauh dari kawasan singki itu. Aku mencuci pinggan tadi dengan penuh rasa bahagia didada. Tatkala aksi aku itu dilihat oleh kakak aku. Untung untung dia puji aku rajin dari abang aku tu. Setelah selesai mencuci pinggan.
Tetiba sesuatu aku dapat rasakan di bahagian kelenjar prostat aku. Iaitu pundi kencing. Tak jauh dari singki terus aku menerpa ke arah pintu tandas. Sementara aku menolak pintu tandas untuk membukanya. Tiba tiba aku terasa sesuatu yabg tak kena pada kawasan betis pada bahagian kaki kananku. Terus dengan pantas aku melihat ke arah betis ku itu. Dann. Arghhhhhh. Aku menjerit keseraman apabila melihat seekor lipan para kaler merah sebesar itu jari tangan dan oanjang sejengkal setengah sedang enak mengulor di betia gebuku itu.
Sungguh ku takut. Ku risau akan bisanya yang mampu membunuh jikalau terkena. Ahh tanpa fikir panjang terua aku terajang terajang angin di kawasan itu sehingga terpelanting lipan itu ke lantai. Kedebuukkk. Bunyinya. Sejurus selepas itu lekas lekas aku mendapatkan kayu di dalam bilik air yang satu lagi untuk membunuh lipan tersebut.
Aku aim target aku. Lipan mengeluarkan bunyi yang menakutkan seluruh alam. Sssttttt bunyinya. Dua saat selepas target locked. Aku terus memukul tubuh lipan itu sekuat hati aku tanpa ada belas kasihan apatah lagi sifat perikemanusiaan. 10 saat berlalu. Lipan mati meningglkan balu dan anak satu. Ku buang lipan di longkag berdekatan rumahku. Lipan dibawa arus air hujan yang mengalir menuju ke destinasi impiannya tanpa rasa ragu.
Itulah ceritanya yang aku predict 4 hingga 5 tahun yang lalu dialami oleh diriku.
No comments:
Post a Comment