Petang semalam baru aku tau perasaan macam mana ditindih oleh makhluk halus. Ini semua kes tak solat asar dan tidur sampai ke maghrib. Macam mana rasa dia? First sekali rasa benda tu masuk melalui kaki. Bila makhluk tu masuk saja. Badan terus rasa berat. Boleh rasa seluruh badan ditindih. Satu anggota badan pun tak boleh digerakkan. Ketika ini aku 50 sedar 50 dalam tidur. Pada ketika badan ditindih aku hanya baca ayat kursi dan juga alfathihah berulang kali. Itu saja yang aku boleh buat. Hanya hati saja yang mampu dikawal sepenuhnya oleh diri aku. Berulang kali aku membaca ayat suci al Quran. Dan 5 minit lepas itu aku dapat rasa sesuatu sedang mencari cari jalan di dalam kepala aku untuk keluar. Dah akhirnya makhluk itu keluar melalui tengah tengah kepala aku. Sejurus selepas itu aku dapat rasakan kaki aku mampu digerakkan. Terus aku bangun dan sandar kat dinding bilik aku. Pegang galaxy s advance kepunyaan ku dah membuka fesbuk sambil menceritakan kejadian yang baru saja menghantui diriku kepada rumetku. Itulah ceritanya. Lain kali solat dan basuh kaki dulu sebelum tidur. Dan jangan tidur di petang hari sampai ke maghrib macam setan yang kekenyaangan.
boleh buat pengajaran ni bro
ReplyDeleteBetul betul. Nak tidur tu kena dahulukan apa yang penting dulu
ReplyDelete